Monday, May 31, 2010

Puding Roti

Bahan-Bahan;

6 keping roti
Fresh milk 380ml
Mentega Dorina
Kismis
Telur 3 biji
Gula 5 sudu besar
Esen vanilla

Cara-cara;
1.Sapukan mentega pada roti (atas dan bawah)
2.Aturkan roti dalam loyang (taburkan kismis bawah, tengah dan atas, ikut suka hati)
3. Panaskan susu (jgn sampai didih lak) dan campurkan bersama telur (yg dah dipukul+esen vanilla)
4.Tuangkan campuran susu dan telur ke dalam loyang
5. Biarkan adunan kembang dlm 10 minit kemudian bakar pd suhu 180 darjah selama 20 minit.

Tuesday, September 16, 2008

Bergedil

Bahan2:

Kentang
Ayam/Udang
Buah keras
Bwg putih
Bwg merah
Garam
Telur

Cara2:

1. Gorengkan kentang, kemudian tumbuk
2. Ayam atau udang ambil isi sahaja dan tumbuk lumat
3. Bawang + buah keras pun tumbuk jugak , selepas tu gaul semua bahan bersama + garam
4. Kepalkan bulat leper, kemudian gaul dgn telur dan lumur plak dengan tepung sikit pastu terus goreng

Apa rasa eh? Kena la cuba buat.

Sup Ayam Enak

Bahan2:

Ayam
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Bunga Lawang
Buah ketumbar
Kulit Kayu Manis
Halia
Kentang
Kiub Ayam Knorr (kalau suka la)

Cara:

1. Blender bwg putih+bwg merah+bwg putih+halia
2.Rebus ayam, campurkan bahan blender , masukkan lawang +ketumbar+kayu manis + kentang + kiub ayam
3.Bila ayam dah lembut dan kentang dah masak masukkan garam
4. Gorengkan bwg putih +bwg merah, bila dah kekuningan tuangkan dalam sup dan taburkan daun sup, dan terus tutupkan periuk sup dan tutupkan api. Ini bg memastikan aroma bwg tadi sebati dengan sup.


* Untuk sup daging pula tekniknya sama la, cuma daging kena taruk lengkuas nak bagi cepat empuk. Paling kurang pun 2 jam nak kena rebus daging, barulah sedap.

Thursday, July 31, 2008

Kari Ketam

Bahan2:

3 ekor ketam (tak kisah jantan ke betina..hehehe)
Bawang putih
Bawang merah
1 inci halia
Santan (separuh kelapa jek)
Nenas (ambik suku je, potong ikut suka, free style)
Rempah kari Babas (utk seafood, ada gambar ikan dan udang)


Cara-cara:

1. Ketam dicuci dan belah 2
2. Tumiskan bawang merah + putih + daun kari
3. Masukkan serbuk kari 3 sudu besar + air , masak sampai naik minyak
4. Masukkan ketam + santan + halia (tindik) + nenas
5. Masukkan garam + kacau
6. Perlahan api dan biar sampai masak


Cuba jangan tak cuba ! Rasa dia mmg lain, special taste. Ada la sorang tu kan, selama ni dia tahu makan ketam sup je, sekali tu bila rasa kari ketam nih dia kata ' Eh sedaplah....nak tambah nasi lagilah'. he he he

Ketam Bersos Tangkap Leleh

Bahan2:

3 ekor Ketam betina (yg warna coklat tu)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cili padi
Sos cili
Sos Tiram
Kicap
1 biji telur ayam

Cara-cara:

1. Ketam dicuci dan boh kunyit + garam, goreng separuh masak
2. Tumiskan bawang putih dan halia yg telah ditumbuk
3. Tuangkan campuran sos cili, sos tiram dan kicap (agak2 la), nak pedas taruk cili
4. Bila mendidih masukkan ketam dan perlahankan api
5. Agak2 dah masak ketam tu, pecahkan telur dan kacau sampai pekat
6. Angkat dan hidangkan (selalunya tak taruk garam dah sebab dah masin)

Apa lagi ..cubalah. Try tengok sedap ke dak? Takkan asik nak buat ketam rebus jek, ape kelassss....